Daftar.

Bestnya tazkirah ini… malu rasanya bila baca.

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:

“Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?”

Ustaz pun menjawab: “Ooooh… Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan.”

“Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?”

Ustaz menjelaskan: “Mungkin Allah telah puas mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

  • Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.
  • Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.
  • Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.
  • Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.
  • Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur’an, tuan juga tak ada disana.
  • Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.
  • Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.
  • Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.
  • Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada.

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA KITA SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.
In shaa Allah… Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

PENAWAR DALAM ISLAM:

✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿ Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur’an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir “Lahaula walaquwwata illa billah”.
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

# Peringatan buat diri sendiri juga.

Alone.

Sultan Brunei keseorangan tegakkan syiar Islam

SULTAN HASSANAL BOLKIAH
SULTAN HASSANAL BOLKIAH

Azman Ibrahim

04 Mei 2019 6:34 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to Facebook
Share to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
13.3K

KUALA LUMPUR 4 Mei – Seorang pembaca Utusan Online berkongsi pandangannya mengenai Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dilihat seperti keseorangan, tiada pembela atau sokongan dalam isu yang menegakkan syiar Islam.

Pandangan itu telah dilontarkan oleh Abdul Muati Ahmad dan berikut merupakan kenyataan penuhnya berhubung perkara itu:

“Sultan Brunei nampaknya keseorangan diserang dari segenap sudut apabila baginda mengisytiharkan hukum syariah kepada penzina, perogol dan puak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Artis-artis seperti George Clooney dan rakan-rakan sealirannya telah melancarkan kempen memboikot hotel-hotel milik Brunei di negara penyokong pengganas tegar Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Institusi-institusi pengajian tinggi yang sepatutnya lebih cerdik juga telah mula menarik balik gelaran-gelaran kehormat yang dianugerahkan kepada baginda Sultan Brunei. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga ikut menekan baginda Sultan kononnya atas dasar hak asasi manusia.

Anehnya PBB hanya berdiam diri apabila entiti haram pengganas Israel mengebom tanpa henti umat Palestin. Jelaslah bagi PBB hak asasi manusia bermaksud hak untuk melakukan hubungan seks tanpa nikah dan hubungan sejenis. Hak rakyat Palestin untuk hidup aman bukanlah hak asasi mengikut kanun PBB.

Kotornya darah puak LGBT ini hinggakan mereka tidak dibenarkan menderma darah pun. Kenapa Setiausaha Agung PBB tidak memperjuangkan hak asasi puak gay dan biseksual ini utk menderma darah? Bolehlah darah yang mereka dermakan digunakan untuk pemindahan ke dalam badan pengurusan PBB.

Dan yang anehnya, dalam baginda Sultan Brunei dihimpit dan diasak kiri, kanan, depan, belakang, tiada negara umat Islam menyuarakan sokongan. Masing-masing menyorokkan kepala seperti kura-kura. Negara besar Indonesia dengan bilangan umat Islam paling ramai di dunia diam membisu. Negara yang selalu menyebut dirinya sebagai Islam contoh Malaysia juga diam membisu. Negara-negara Arab di bawah Pertubuhan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lagilah tak boleh diharap.

Peliknya tiada kenyataan balas daripada negara-negara Islam umpamanya untuk boikot filem-filem Clooney dan rakan-rakan sealirannya. Rasanya kalau tak tengok filem mereka pun kita tak akan mati.

Brunei Darussalam, negara kerdil di mata manusia namun gagah perkasa di mata Islam. Berkatilah dan megahlah berdiri dikelilingi persaudaraan Islam yang sudah mati…- UTUSAN ONLINE

Fadhilat..

💛💟💜💚💚💜💟💛

بسم الله الرحمن الرحيم

AHAD
29 SYAABAN 1440
5 MEI 2019

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SATU HARI SATU HADIS

FADILAT SOLAT
KELEBIHAN SOLAH BERJEMAAH(4)

HADIS RIWAYAT: IBNU MAJAH DAN IBNU KHUZAIMAH
Sayyidina Sahl bin Saad Saidi RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat.”

Kesimpulan:
Nilai pergi ke masjid pada malam yang gelap didunia ini akan diketahui apabila berhadapan dengan kedahsyatan hari kiamat apabila setiap orang berada dalam kesusahan. Ganjaran dan nilai menanggung kesusahan pada malam yang gelap gelita pada hari ini akan diketahui apabila nur yang bergemerlapan yang berkali ganda lebih terang daripada matahari akan bersamaya kelak.
SubhanAllah

SALAM SOLAT SUBUH DAN BERJEMAAH SAHABAT2

بَارَكَ اللَّهُ فِيْك

💛💟💜💚💚💜💟💛

Ilmu dan amal.

Tuan-tuan yg mulia..

Ilmu dan amal yang tidak ada dengan perantaraan dakwah akan menjadi adat dan ilmu yg diperolehi secara adat akan menjadi perantaraan untuk mencari duit…Ilmu ada dua (jenis) iaitu ilmu di lidah dan ilmu di hati…Ilmu maklumat sahaja tidak cukup…Duduk dalam bayan untuk dapat maklumat, maka kita tidak akan dapat apa2…

Ilmu adalah sepertimana yg dikatakan oleh Nabi Khidir as kepada Nabi Musa as ” Carilah olehmu ilmu yg dapat kamu amal”…Ilmu ialah apa (perintah) yg Allah kehendaki ke atas saya…Oleh itu, dalam majlis bayan kita perlu dengar dengan penuh tumpuan bagi menambah yakin kepada Allah Taala dan dengan niat untuk amalkan atau islah diri kita serta menyampaikannya kepada org lain.

Dakwah ialah untuk diri kita, dengan ini kita akan istiqamah…Pintu taubat sentiasa terbuka, kita dakwah org lain untuk diri kita…Keistimewaan dakwah adalah ia akan membina yakin ( ilallah) org yg memberi dakwah…Memberi amaran kepada org lain, org itu tidak akan dapat manfaat tetapi org yg memberi dakwah akan mendapat kesan…Org yg istiqamah (dalam usaha) akan maju dalam membuat usaha… Mereka yg membuat usaha agama dengan tidak faham, akan mendatangkan musibah dan mereka yg membuat usaha agama kerana dunia juga akan mendapat musibah.
Maulana Ilyas rah.a berkata terdapat 2 golongan org yg membuat usaha usaha tabligh(iaitu) :

1)Mereka yg keluar di jalan Allah untuk menyelesaikanmasalah hutang /sakit /kesusahan…Org yg seperti ini tidak akan istiqamah (dalam usaha)

2)Mereka yg keluar di jalan Allah (kerana menganggap)itu adalah perintah Allah Taala…Org seperti ini akan istiqamah dalam membuat kerja dan akan mendapat tarbiyyah dan maju (dalam usaha)

Jalan semua Anbiya alaihimussholatu wassalam ialah dakwah… Setiap nabi permulaan usahanya ialah dakwah kalimah tayyibah… Dalam dakwah nabi saw, ada dua golongan( yg menjadi medan) iaitu org yg telah sedia menerima Islam dan golongan yg masih belum menerima Islam.

Hari ini salah faham di kalangan ummat, dakwah iman bukan untuk org yg telah beriman… Dakwah iman sebenarnya ialah untuk org2 yg telah beriman…Ini adalah sepertimana difirmankan Allah ” Wahai org2 yg beriman, berimanlah kamu….” .. Manakala untuk org yg masih tidak beriman Allah telah berfirman (mafhumnya)” Berimanlah kamu sebagaimana sahabat beriman “… Nabi saw berkata sahabat adalah seperti bintang2 di langit, barangsiapa yg mengikut salah satu daripada mereka pasti akan berjaya…
Hari ini dakwah iman di kalangan org2 islam telah keluar di kalangan org2 Islam… Dengan dakwah akan wujud iman, dengan iman akan datangnya ihtisab (yakin yg betul dengan janji2 Allah), dengan ihtisab akan menyebabkan seseorang itu dapat beramal… apabila iman lemah, ihtisab akan menjadi lemah dan amal akan menyebabkan tumbuhnya riak…
Para sahabat rahum berkata kami belajar iman dahulu baru belajar al Quran… Para sahabat rahum belajar al Quran untuk memasukkan perintah2 Allah dalam kehidupan mereka… Hari ini ummat membaca al Quran untuk al-faz… (satu ketika) Dalam majlis nabis aw, ada seorang sahabat ra telah mengumpat… Nabi saw bersabda kepadanya ” Kamu tidak beriman dengan al Quran..” … Sahabat ra itu berkata, Sesungguhnya saya beriman dengan al quran ya Nabiyyullah… Nabi saw memberitahunya, org yg beriman dengan al Quran akan menjauhkan driinya daripada larangan al Quran

Rasulullah saw yg mulia pernah bersabda (mafhumnya), perbaharuilah iman kamu dengan memperbanyakkan dakwah kalimah dan bukan hanya dengan zikir kalimah… Untuk yakin pada diri kita dan untuk dapat ikhlas dalam kalimah iman, kita perlu buat dua kerja iaitu:

1) Bercakap nama dan zat kebesaran Allah

2) Bercakap Nizam Allah yg ghaib

Dakwah kita perlu menafikan benda yg tidak nampak dan Dakwah Ghairullah… Tanpa kita keluarkan yakin kepada ciptaan allah barulah kita akan dapat yakin qudratullah…Maulana Yusuf rah.a berkata, asbab2 dijadikan Allah supaya manusia dapat mengenal Allah Taala… Allah jadikan langit dan bumi, bintang dan seluruh ciptaan Allah untuk manusia ini kenal (kekuasaan) Allah…Di samping itu, Allah Taala telah hantar nabi2 alaihimussholatu wassalam di kalangan ummat untuk memperkenalkan ummat kepada Allah Taala… Seterusnya dalam menguruskan nizamNya, Nizam ini akan diubah2 supaya tawajjuh manusia dalam semua keadaan hanya pada Allah

Tanpa dakwah kehidupan org2 Islam dengan org bukan Islam (menjadi) sama sahaja, malahan kehidupan org2 Islam akan bersatu dengan kehidupan org2 bukan Islam… Org yg mmebuat dakwah akan mendapat nusrah Allah terus menerus… Qudrat Allah akan membantu org2 yg beriman supaya iman yakin mereka tidak rosak… Jika sangkaan org itu kepada Allah lemah, bantuan Allah tidak akan bersama2 dengannya… Abu Darda ra berdoa dengan penuh yakin kepada (janji) Allah dan apabila kebakaran berlaku, rumahnya tidak terbakar.

Untuk mendapat bantuan Allah terus daripada qudratNya, kita perlu bersangka baik kepada Allah kerana Allah bertindak atas sangkaan manusia… Seterusnya dalam beribadah kita perlu ada sifat taat… Ibadah dan taat berjalan seiring dan tidak boleh dipisahkan… Abi bin Hatim ra dahulunya adalah seorang Nasrani dan kemudiannya telah memeluk Islam… Beliau ra telah bertanya kepada Rasulullah saw, mengapa terdapat firman Allah dalam al Quran yg mengatakan mereka telah menjadikan paderi2 mereka sebagai Rabb mereka…

Rasulullah saw bersabda mafhumnya kamu dikatakan beribadah kepada paderi2 kamu kerana apabila mereka mengeluarkan sesuatu hukum( menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal) maka kamu ikut, itulah sebabnya kamu dikatakan menjadikan paderi2 sebagai Tuhan kamu.

Usaha tabligh biasanya mengadakan majlis2 iman iaitu bercakap keesaan Allah (wahdaniyyah)… Dengan banyak bercakap tentang wahdaniyyah, kita akan putus daripada (yakin dan harap kepada) ghairullah… melalui dakwah kita akan dapat ma’rifah daripada qudrat Allah… Ibnu Mas’ud ra ingin memberi tanah kepada seorang sahabah ra, tetapi ia berkata ia tidak memerlukannya… Kata Ibnu Mas’ud ra, kalau begitu ambillah tanah itu untuk bekalan anak2 kamu… Sahabah ra ini telah menjawab, ini juga tidak perlu sebab ia telah mengajar anak2nya ( istiqamah)membaca surah al Waqi’ah.

Mengambil ubat ketika sakit adalah sunnah nabi saw, tetapi sebelum makan ubat hendaklah kita memberi sadaqah, kerana sadaqah itu menjauhkan kita daripada bala musibah… hari ini org2 mengambil insuran untuk melindungi masa depannya… Nabi saw ada bersabda mafhumnya, barangsiapa yg yakin selain daripada Allah, Allah akan menyerahkannya kepada apa yg diyakininya.

Asbab yg ada kita gunakan kerana ini adalah perintah Allah tetapi janganlah kita gunakannya dengan yakin (bahawa ia boleh memberi mudharat atau manfaat)… dengan amal akan datang bantuan Allah Taala… Org Islam hari ini berniaga tetapi hutangnya lebih banyak daripada barang2 dalam kedainya.

Qudrat Allah hanya ada pada zat Allah yg Maha Besar… Maulana yusuf rah.a berkata, apabila kita tidak yakin dengan amal, kita akan bertindak dengan perkara yg haram… Oleh itu, dalam asbabnya tidak ada barakah kerana asas asbabnya adalah daripada sumber yg haram… dan doa org yg seperti ini tidak akan diterima Allah… (Berlakunya perkara) haram dalam asbab kerana kita yakin dengan asbab, kita tidak yakin dengan amal… Allah mengadakan asbab untuk menguji iman manusia… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menunaikan keperluan manusia tanpa asbab kerana Allah Taala Maha Berkuasa atas segala2nya.

Org2 yg beriman akan diuji oleh Allah Taala sebagaimana org2 yg terdahulu kerana Allah hendak mendengar(melihat) siapa yg benar siapa yg dusta… Allah perintahkan manusia gunakan asbab (adalah) untuk ujian (atas iman)… Untuk mendapat (manfaat) daripada qudrat Allah, hanyalah melalui perantaraan amal, bukan asbab… Untuk org2 yg beriman, perintah2 Allah adalah amal untuk mendapat manfaat daripada zat Allah.

Kita jangan berpuas hati dengan asbab kerana segala asbab Allah jadikan untuk kepuasan org2 kafir… Kita akan berjaya dalam pertentangan dengan org2 kafir dengan adanya perantaraan amal… Qudrat Allah akan bersama2 amal… Allah telah tenangkan nabis aw, janganlah kamu susah hati dengan apa yg diperolehi oleh org2 kafir… Janganlah bimbang walaupun mereka berkumpul beramai2, dan janganlah kamu takut kerana sebenarnya hati2 mereka itu berpecah.

Dalam membuat amal, kita perlu ada sifat sabar kerana Allah telah memerintahkan kita untuk bersabar, solah dan doa… Keburukan amal tidak boleh diselesaikan dengan ibadah semata2… Apakah itu sabar? Iaitu menunaikan perintah2 Allah bertentangan dengan keadaan dan kehendak nafsu kita… Amal puasa itu sebenarnya melakukan perkara yg bertentangan dengan nafsu… Ganjaran untuk sabar adalah syurga.

Allah beri kita keinginan untuk tidur dan dalam tidur Allah letakkan perintah (atau amal) bangun malam (tahajjud)… Nabi Musa as telah tanya Allah Taala, adakah Ia tidak tidur? Allah telah perintahkan Musa as pegang dua biji gelas, ternyata ia tertidur dan gelasnya jatuh pecah… Allah berfirman kepada Musa as, jika Allah Taala tidur nescaya apa yg ada seisi dunia ini akan hancur.

Aishah raha mencari waktu panas yg terik untuk berpuasa dan ia bermimpi dapat minum air daripada telaga kautsar… Setelah itu ia tidak lagi merasa dahaga sampai bila2… Hari ini, org2 Islam dianiaya dan kita perlu sabar iaitu sabar dengan taqwa… Bersabar tanpa taqwa itulah dinamakan pengecut… Org2 musyrikin yg tidak yakin dengan Allah Taala, berkata org2 Islam akan sentiasa memenangi semua peperangan kerana yakin dalam amal soleh iaitu perintah2 Allah yg mana menyukakan Allah

Doa tidak akan diterima jika tiada taqwa… Aus bin Malik ra telah ditangkap oleh musyrikin Quraish dan telah diikat dengan kulit yg susah hendak lepas… Nabi saw beritahu kepadanya, bacalah ‘lahawlawala quwwata illa billahi ‘ dan (setelah membacanya) tali2 yg mengikatnya telah terputus… Di luar kurungan ada seekor unta, ia telah menunggangnya, dan di hadapannya ada berpuluh2 ekor unta milik musuh… Ia menunjuk tangannya kepada unta2 itu dan unta2 itu mengikutnya sampai ke rumah… Dalam hadith nabi saw(mafhumnya), barangsiapa yg banyak membaca lahawlawala quwwata illa billahi, Allah Taala akan menutup 99 musibah dan yg paling kecil ialah kebimbangan.

Ramai org yg bersolah tetapi imannya tidak betul kerana ia tidak yakin dengan amal solah boleh selesaikan masalah2 sebaliknya ia lebih yakin dengan perkara yg tidak ada janji2 Allah Taala… Mereka berjumpa ahli2 nujum(atau sihir) untuk selesaikan masalah2… Syaitan laknatullah pun mengajar Muaz ra, jika seseorang membaca ayatul Kursi tiga kali, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya… Muaz ra telah tanya nabi saw mengenai org yg mengajarkannya fadhilah ayatul kursi itu… Nabi saw bersabda (mafhumnya) itulah syaitan kerana syaitan juga yakin dengan perintah2 Allah tetapi tidak mahu amal perintah2 Allah.

Ada org jumpa saya untuk minta tangkal, saya telah tanya balik adakah kamu tidak solah… Abdullah bin Mas’ud ra telah sakit mata dan ada seorang wanita yahudi memakai tangkal dan sakit matanya hilang.. Kata beliau, jangan masukkan amalan syirik dalam diri saya… Org yg sakit mata, syaitan telah letakkan tangannya pada org itu dan Abdullah Mas’ud telah ajar doa yg ditunjukkan oleh nabi saw.

Kejayaan kita adalah dengan menunaikan perintah2 Allah dalam setiap keadaan (dan masa)… Allah Taala mewujudkan hajat supaya kita menunaikan perintah Allah dalam semua keadaan… Allah perintahkan kita mengamalkan keseluruhan agamanya dengan yakin… Tanpa iman, seseorang itu tidak dapat mengamalkan agama dengan istiqamah… Ummat Islam hari ini mengamalkan agama mengikut suasana… Solah lima waktu berat baginya tetapi ia sanggup untuk tidak tidur sepanjang malam supaya hajatnya tertunai… (Maksud)agama bukan untuk barakah… Org akan keluar ke jalan Allah bila masalahnya selesai… Org seperti ini tidak akan istiqamah keluar di jalan Allah..

Maksud kita mengamalkan agama adalah untuk membina iman yakin yg betul pada dzat dan kebesaran serta kekuasaan Allah dalam diri kita… Siapa yg hendakkan dunia, Allah Taala akan beri dunia pada mereka tetapi bagi mereka tidak ada apa2 bahagian pun dalam kehidupan akhirat nanti… Oleh itu kita perlu bergerak untuk hidupkan agama di kalangan ummat… Kita perlu usahakan setiap org Islam datang kepada kerja kenabian nabi.

Dakwah adalah untuk islah diri sendiri… Apabila kita dakwah amal ma’ruf, maka Allah Taala akan memberi kekuatan untuk beramal ma’ruf… Ummat ini telah tinggalkan kerja amar ma’ruf nahi munkar kerana menganggap dakwah adalah untuk org lain… Syaitan telah wujudkan was2 dalam hati org2 Islam yg berdosa… Kamu sendiri tidak melakukan amal soleh, mengapa kamu dakwahkan org kepada kebajikan sedangkan kamu sendiri tidak beramal dengannya… (Org ini akan tertanya2) Adakah saya perlu dakwah sedangkan saya tidak beramal… Seseorang itu perlu mendakwahkan amal soleh walaupun ia belum beramal dengan sesuatu perkara.untuk dapat ilmu yang bermanafaat banyakkan mujahadah keluar di jalan Allah In Shaa Allah… Allah swt akan bagi kefahaman agama Untuk kita

Ramadan.

Pantun Menyambut Ramadan

Anak melayu mengail ikan;
Perahu berlabuh ditengah lautan.
Sambil menunggu datangnya Ramadan;
Mohon maaf saya sampaikan.

Kecubung batu dari Kalimantan;
Disanding elok dengan berlian.
Bulan Mei bermulanya Ramadan;
Salah dan Khilaf mohon maafkan.

Kembang melati sungguhlah indah;
Ditengah taman jadi hiasan.
Harum Ramadhan tercium sudah;
Kalau ada salah mohon dima’afkan.

Makan roti jangan berlari;
Kalaulah jatuh kita yang rugi.
Bersihkan hati sucikanlah diri;
Sambut Ramadan tak lama lagi.

🤝🤝😊☺☺

Iman

Semuanya ini bukannya masalah ILMU tetapi MASALAH IMAN. Kenapa IMAN bermasalah? Sebab DAKWAH tak dibuat. DAKWAH dibuat untuk PERBETULKAN diri BUKANNYA perbetulkan orang lain.

Tanpa Iman yang kuat, seseorang itu tak mungkin dapat mentaati perintah Allah, walaupun ada segulung Izajah mahupun PhD daripada Al-Azhar. Tanpa iman yang kuat, seseorang tak dapat berzikir, walaupun mempunyai kedai menjual tasbih. Tanpa iman, seseorang tak dapat baca quran, walaupun ada kedai menjual Al-Quran.

Ulama bagitahu, walaupun yang menjadi guru itu Malaikat sekalipun, ilmu sahaja tak cukup untuk dapat iman yakin yang betul tanpa mujahadah. Iman kena mujahadah atas iman untuk dapat hakikat iman. Lihat sahaja macam mana para sahabat dapat iman yang kuat. Adakah melalui baca buku semata-mata? Semuanya melalui proses mujahadah, pengorbanan atas agama barulah Allah campakkan kemanisan dalam iman. Dengan iman yg kuat, dengan sendirinya orang itu akan timbul kesedaran kepentingan ilmu, kepentingan solat, kepentingan akhlak yg baik, kepentingan bermuamalat dan seterusnya. Saidina Umar Khattab r.a bagitahu “Kami belajar Iman dahulu, baru belajar Quran”.

Bani Israel berguru dengan Nabi Musa a.s bukan sehari atau dua hari, bukan setahun, malah Ulama bagitahu selama 40tahun. Tapi mereka tidak usaha atas iman yg tersebut, maka apabila usaha ilmu sahaja tanpa usaha atas iman yakin, mereka Nampak kebesaran makhluk. Apabila Allah perintah Nabi Musa as pukul laut dengan tongkatnya, maka terbelahlah laut 12 lorong menunjukkan Kudrat Allah swt. Maka Bani Israel pun mengatakan “masyaAllah, TONGKAT NABI MUSA BEGITU KUAT SEKALI”. Mereka Nampak kekuatan tongkat, bukan Nampak kekuatan Firman Allah swt. Hari ini, bila iman tidak diusahakan kita akan Nampak kebesaran makhluk. Nampak pangkat kuat, senjata kuat, kerajaan kuat, wang ringgit kuat.

Bukanlah di sini nak mengatakan Ilmu tu tak penting. Tidak sama sekali. Dalam 6 sifat sahabat kita hari2 sentuh dalam muzakarah di rumah dan di masjid mahupun masa keluar jalan Allah. Sifat sahabat yang ketiga ILMU DAN ZIKIR. Cara nak dapat ILMU kena jumpa Orang Alim,Ustaz,Ulama belajar Ilmu dengan diorang. Ilmu kena disertai dengan zikir.Apa maksud zikir? Maksudnya INGAT ALLAH SETIAP MASA DAN KEADAAN. Zikir bukan setakat PEGANG TASBIH je. Masuk keluar tandas dengan doa itupun zikir. Baca quran pun zikir. Baca doa masuk keluar rumah atau naik turun kenderaan pun zikir. Pendek kata, Sentiasa ada hubungan dengan Allah swt setiap masa,keadaan dan dimana2 saja berada.

Dengan ilmu saja tanpa ada hubungan dengan Allah(zikir), maka Pisau yang asalnya dicipta untuk memotong sayur-sayuran akan digunakan untuk membunuh manusia. Dengan ilmu sahaja tanpa hubungan dengan Allah, dengan ilmu tadi Bom Atom dicipta untuk mengebom dan membunuh manusia. Ulama bagitahu ILMU yang sebenarnya adalah apabila kita dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir dalam Kubur kelak. sebab yang menjawab adalah Iman kita, bukan Diploma, bukan Ijazah dan Bukan PhD yang menjawab soalan Mungkar dan Nakir.

Sebab itu, Ulama kita bagitahu, Golongan berilmu, Orang Alim, Ulama Ustaz yang Berhak untuk Buat kerja DAKWAH sebab Allah dah bagi mereka kelebihan iaitu ILMU. Mereka lebih banyak hafal quran, mereka lebih banyak hafal beribu2 hadis, mereka lebih arif dalil2, mereka tahu hukum2, mereka tahu ilmu hadis, mereka lebih arif tentang mazhab2 berbanding kita.. Jika tidak Allah Maha Berkuasa Untuk Pilih sesiapa saja untuk Ambil Tanggungjawab DAKWAH oleh sesiapa sahaja. Hatta binatang sekalipun Allah boleh guna untuk Bantu Agama Allah seperti mana burung Hud, semut yang Allah ceritakan dalam quran. Allah boleh pilih orang2 jahil untuk buat dakwah ajak yang ma’ruf dan cegah yang mungkar.

Dalam usaha dakwah ni, kita bukannya nak mengajar orang atau nak ajar Ilmu, tapi macamana kita sendiri boleh jadi baik dan iman kita dapat diusahakan. Semakin banyak kita jumpa manusia cakap kebesaran Allah, sebanyak itu iman akan Allah tingkatkan dalam diri kita. Tapi kalau niat kita nak PERBETULKAN orang, orang akan jadi Betul tapi diri kita tak akan dapat kesan. Kita buat dakwah dengan niat : SUPAYA ALLAH PERBETULKAN IMAN SAYA, AKHLAK SAYA, MUAMALAT, MUASYARAT, IBADAT SAYA DAN DENGAN DAKWAH INI SEMOGA ALLAH JUGA BAGI TAUFIK HIDAYAT PADA ORANG LAIN SELURUH ALAM. Hidayah di tangan Allah, bukan di tangan Karkun2.

Sunnahtullah, ada orang akan menentang tak kurang mengejek mencerca dan bermacam-macam perkara yang menguji kesabaran. Nabi2 terdahulu lebih dahsyat ujian yg mereka hadapi. Digergaji, disalib, dibunuh dan macam2 lagi. Setakat dimaki hamun itu lumrah dalam DAKWAH. Kan dalam adab Ghast/ziarah kita selalu cakap bawa 4 perkara:FIKIR, ZIKIR, SYUKUR DAN SABAR. In Shaa Allah…. Semoga saya dapat amalkan akhiri dengan tasbih kafarah

Wallahu a’lam